40,000 – 35,000 tahun dahulu – Paleolitik

Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah dari kalangan mereka.

Pada waktu ini, mengikut kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang ditaja oleh National Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic Odyssey’, muka bumi keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia terutamanya di bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia dan sebagainya.

Apabila berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair dan membanjiri hampir separuh dari muka bumi terutamanya di bahagian utara. Manusia seperti yang kita ketahui iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih Salam pada ketika itu banyak tinggal atau menghuni sekitar Tanah Arab dan Afrika.

Mereka-mereka ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais mula cair. Ada di antara beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini, memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus sehingga China dan Mongolia. Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih untuk menetap terus di sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir sekali meneruskan perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari mereka ini kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.

6 Respon to “40,000 – 35,000 tahun dahulu – Paleolitik”


  1. 1 ena Januari 19, 2009 at 12:49 pm

    salam….
    sy amat tertarik dgn isu yang ditulis saudara berkenan zmn paleolitik …sekiranya saudara tidak keberatan, bolehkan saudara berkongsi ,adakah terdapat bhan2 bacaan yang boleh membantu saya mengetahui dngan lbih lanjut dan mendalam berkenaan zaman paleolitik..bukan sahaja dimalaysia, bahkan di seluruh nusantara… tq

  2. 2 d generation x Januari 31, 2009 at 6:30 pm

    gambar alatan zaman paleolitik

  3. 3 d generation x Januari 31, 2009 at 6:32 pm

    sape nk tolong cari gambar alat zaman paleolitik nie?????

    tolong lah sesiapa pon!!!!

  4. 5 eira Mac 21, 2009 at 5:34 pm

    benarkah perkataan sejarah diambil sempena perkataan arab iaitu SYAJARATUN???

    eira


Tinggalkan jawapan




Farul Azri


Penulis banyak terlibat di dalam bidang pengiklanan di seluruh dunia. Hasil kerja beliau dapat dilihat dari Jepun sehingga menjangkau sejauh benua Amerika dan Eropah. Seorang berbangsa Melayu yang amat bangga dengan sejarah bangsanya sendiri. Yang memuliakan agamanya yang satu iaitu Islam sebagai pegangan zahir dan batin.

Atas dasar cintakan sejarah, penulis juga telah menemui beberapa pakar sejarah dan sering mengadakan diskusi-diskusi bersama beberapa sarjana sajarah dan budaya dari seluruh pelusuk dunia. Penulis juga telah merantau jauh semata-mata bagi mencari apa yang beliau gelar 'Melayu & Islam'...

Kandungan

Arkib