Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melayu

Sungai Mekong

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.

Mekong

Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu Tertua

Teks Melayu Tua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

Persamaan Bahasa Cham dan Melayu
Klik untuk gambar besar.

Wanita Yunnan
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.

25 Respon to “Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melayu”


  1. 1 na'imah halim Ogos 31, 2007 at 11:45 pm

    penulisan saudara amat membantu saya dalam menyiapkan thesis bagi kursus yang saya ambil di uitm..terima kasih..nama saudara tertera di atas hasil kerja saya…

  2. 2 Farul Azri September 3, 2007 at 9:04 pm

    Alhamdulillah kiranya penulisan yang tidak seberapa ini dapat membantu saudari sedikit sebanyak dalam menyiapkan thesis pengajian. Insyaallah, ilmu atau pengetahuan yang ada dapat kita manfaatkan bersama selain menyimpan dan menyampaikan warisan pada generasi yang kemudian. Insyaallah, jika ada kelapangan akan saya tambahkan lagi penulisan ini dari masa ke semasa kerana masa yang ada kini agak terhad buat saya menulis.

  3. 3 jorasmin Februari 14, 2008 at 9:29 pm

    Bolehkah saudara penulis menjelaskan mengenai bermulanya penaklukan Portugis di Melaka? Saya banyak mendapat maklumat yang belum tentu kesahihanya di mana Bendahara Melaka bukanlah punca sebenar tradegi ini, kerana pada masa itu petualang-petualang ini adalah mereka yang bukan penduduk asal Tanah Melayu. Kenyataan ini disokong setelah dikaitkan dengan kepentingan mereka pada ketika itu dalam kegiatan perniagaan. Pada ketika itu, Tanah Melayu dikenali sebagai lubuk rempah yang secara langsung menjadi tarikan pelayar-pelayar asing dari Eropah.

  4. 4 Farul Azri Februari 18, 2008 at 9:50 am

    Saya akan terangkan mengenai penaklukan Portugis sebagai kuasa asing pertama di bumi Melayu dalam posting yang akan datang, Insyaallah.. Tetapi buat rujukan, Bendahara bukanlah punca kejatuhan Melaka. Banyak kisah-kisah dalaman yang akan dihuraikan, Insyaallah. Tetapi, buat sementara waktu, memadailah kiranya dapat memahami melalui pembacaan artikel ini: http://fluxlounge.wordpress.com/2007/08/31/merdeka-dan-menderhaka-dalam-50-tahun/

  5. 5 Nazri Md Isa Februari 27, 2008 at 2:09 pm

    Assalamualikum Sdra,
    Sila hubungi saya melalui email berkenaan pencarian Pakar Sejarah.
    Salam

  6. 7 Farul Azri Mac 22, 2008 at 12:39 am

    Buat Nazri Md Isa, Inshaallah. Email kepada tuan akan menyusul selepas ini.

    Buat Ain Binti Islan – Hai apa khabar?

  7. 8 Tarita April 25, 2008 at 12:08 am

    Salam.Penulisan saudara juga sedikit sebanyak membantu saya untuk menyediakan tajuk perbentangan “Siapakah Orang Melayu sebenarnya. Bincangkan dalam aspek bangsa, geografi, bahasa, budaya dan kepercayaan”. Terima Kasih.

  8. 9 Muhazzar Mansor Mei 26, 2008 at 12:02 pm

    Saya memang amat berminat untuk mengkaji sejarah tentang asal usul orang melayu. Masa amat mencemburi saya, dan bidang kerja saya sekarang amat berbeza dengan minat saya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada encik kerana memberi informasi yang berguna untuk saya.

  9. 10 keet Julai 31, 2008 at 10:40 am

    penulisan yang berguna untuk dikongsi..saya jadikan ia sbg bahan rujukan untuk assignment saya..

  10. 11 saat sulaiman September 24, 2008 at 2:49 am

    salam.
    Sebagai anak bangsa Melayu-cham,saya bebangga menjadi salah seorng dalam kategori bangsa Melayu.Bangsa melayu mempunyai pelbagai etnik seperti jawa,bugis,cham,batak dan lain-lain.
    Namun apa yang menyedihkan,dalam Mykad menulis bangsa kemboja.
    Bangsa kemboja dan melayu cham adalah sangat jauh berbeza.
    kini bangsa Melayu cham di Kemboja seramai 700,000 dalam 12 juta rakyat Kemboja keseluruhan.
    Malah ramai anak Malaysia tidak mengetahui bahawa bangsa Cham dan Melayu Malaysia adalah serumpun.
    Bangsa Cham memeiliki negara bernama Champa tetapi telah hilang dalam peta dunia semenjak 600 tahun lampau.
    Yang tinggal ialah bahasa,bangsa,adat dan budaya.
    Bangsa Cha adalah satu2nya bangsa yag tidak memiliki egara sebagaimana bangsa lain.
    Memang menyedihkan bngsa Cham terpaka menumpang di negara-negara dunia……

  11. 12 konek November 10, 2008 at 3:03 am

    It is no secret that Parameswara was an Indian and a Hindu prince until he married a Pasai princess and converted to Islam and adopted the Persian name Iskandar Shah.

    There seemed to be no problem telling the truth as I just expressed it during my school days. The school textbooks were quite clear on this – but not today, I am told.

    Once again the ‘insecure’ Umno-led government had to wipe out any references to this famous Melaka prince as being Hindu and belonging to the powerful Hindu empire Srivijaya.

    So all of a sudden our museums, school textbooks etc, all refer to Parameswara as a malay prince. Umno’s lying, mind you, is not confined to the mainstream newspapers.

  12. 13 ruyom November 10, 2008 at 3:05 am

    It is been interesting to read such free-flowing comments on an all “Malaysians” free for all.

    The “malays” are not a race. I am so sorry that you are only hearing this now. The rest of the academic world has known it for years.

    Evidence, and not mere gut-feeling please.

    From Yunnan to Taiwan, to Philippines, to Borneo, back to Cambodia, then to Kelantan, mixed with Achenese, Pattanis, Negritos, Javanese, Jakuns, Indians, Chinese and Arabs again.

    In short, a Chinese mixed sub-race. Why not just say Chinese?

  13. 14 coolooc November 10, 2008 at 3:09 am

    When will be the good day the Orang Asli come forward to utter their rightful word – “you all go back to your land of origin and leave us alone”. Then malays, Indians and Chinese etc, can all pack and leave Malaysia for good.

  14. 15 Awis Arkani Mac 31, 2009 at 1:50 am

    Terima kasih saudara kerana telah menceritakan secara ringkas asal-usul kaum melayu. Saya mula meminati bahan sejarah melayu bermula 1 tahun yang lalu. Banyak bahan yang saya kumpul sendiri melalui bacaan buku dan internet, tetapi gagal meringkaskan beberapa plot yang mengelirukan seperti kehadiran agama hindu-budha di nusantara.kerana kulit orang melayu pada hari ini ada yang gelap dan cerah, namun mereka tetap melayu. semasa saya terjumpa rencana berkenaan yunnan, mungkin tidak berapa logik kerana bangsa china memiliki kulit cerah dan tiada yang gelap. begitu juga dengan daerah2 indo-china. kesahihan pigmentasi genetik ini juga salah satu perkara yang cuba saya kaji, namun kerjaya saya hanya seorang pembantu perubatan dan bukan pakar sejarah mahupun arkeologi.namun minat saya cukup cenderung untuk membuat kajian sendiri jika diberi peluang. adakah saudara pernah ke yunnan? jika berkesempatan dan ada rezki saya juga merancang ke sana kelak.

  15. 16 jamaludin April 17, 2009 at 1:04 pm

    assalamualaikum saudara,
    blog saudara amat menarik dan saya “terpaksa” mengambil beberapa maklumat yang saudara kemukakan untuk dipanjangkan ilmu ini…harap mendapat keizinan dan marilah kita sama sama memperjuangkan sejarah dan tamadun bangsa kita untuk semua….tahniah untuk saudara

  16. 17 melayu nusantara Mei 13, 2009 at 5:39 pm

    Assalamu alaikum wr,wb

    Salam semenanjung melayu

    blog saudara sangat bagus ………

    Kami bebarapa putra melayu yang berada di sumatera utara tepatnya di sekitar Medan mencoba untuk membentuk Yayasan Melayu Nusantara dengan maksud berbuat kebajikan untuk bangsa melayu.

    kami baru belajar, kami mohon izin untuk mengambil bahan-bahan dari blog sauadara dan link blog

    kami mohon bantuan saran dan pendapat untuk perkembangan yayasan yang baru kami bentuk.

    MelayuNusantaraCenter
    (MNCenter)

  17. 18 Melayu Boleh Mei 20, 2009 at 1:11 pm

    Jika kita lihat difinasi Melayu, salah satunya ialah satu bangsa yang mengamalkan bahasa Melayu dalam pertuturan, Mengamalkan adat dan budaya Orang Melayu, dan Beragama Islam.
    Itu adalah sebahagian perkara terpenting dalam definasi Melayu.
    dan selagi darah Melayu mengalir dalam diri seseorang (samada dari belah bapa atau ibu) dia tetap bangsa Melayu. Maknanya jika campuran Melayu dengan apa bangsa sekalipun baka yang terhasil tetap orang Melayu.

    dan Tanah Melayu merupakan satu negara Melayu yang bermula sejak Sultan Iskandar Shah (1402) mula mengamalkan pentadbiran Beraja Monarki dan mengistiharkan Melaka (Semenanjung Tanah Melayu) sebagai Negeri Berdaulat.

    Ianya merupakan kerajaan pertama di Tanah Melayu secara langsung menjadikan Tanah Melayu (pada ketika itu dikenali sebagai Melaka) sebuah Negara Melayu.

    Lengkap dengan pentadbiran yang sistematik dan teratur.
    Melaka secara perlahan menjadi sebuah pusat dagangan antarabangsa dan berkembang pesar apabila selat Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Barat dan Timur.

    Sampai satu masa Portugis melihat Melaka begitu kaya dan berpotensi sebagai pusat ekonomi, geografi, politik dan agama maka satu serangan untuk menakluki Melaka telah dilancarkan pada tahun 1511.

    Melaka tewas pada tahun yang sama akibat leka dengan majuan dan kemewahan. Laksamana laut yg tidak bersedia, rasuah, khianat dan pentadbiran yang lemah menjadikan faktor kekalahan Melaka.

    Melaka terus menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah seperti Belanda (1641-1824), British (1824-1941), Jepun (1941-1945), British (1945-1957) sebelum Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957.

  18. 19 hajriansyah September 3, 2009 at 12:54 am

    salam budaya!
    senang dapat berkunjung blog saudara, dan dapat mengambil pembelajaran lagi dari sejarah melayu.
    saya adalah orang banjar (kalimantan selatan, indonesia) yang sangat antusias terhadap kesejarahan melayu. orang banjar, menurut sejarah yg saya pahami, pun berasal dari orang melayu, sehingga keingintahuan saya yg dalam atas akar budaya saya membawa saya kepada blog saudara. mungkin saudara dapat memberikan sedikit gambaran tentang migrasi melayu ke kalimantan selatan, melalui teluk raksasa di selatan (atau tepatnya tenggara) pulau kalimantan itu ribuan tahun yang lalu?
    terima kasih atas masukannya.
    salam dari banjarmasin.

  19. 20 PAKLONG September 11, 2009 at 1:07 am

    Salam. Sy sudah masukkan my link info didalam blog saya http://www.paklongnusantara.blogspot.com Ianya baru dibina bertujuan memberi banyak info asal Melayu kepada generasi Melayu Malaysia. Terima kasih dalam usaha bekerjasama.

  20. 21 ain September 11, 2009 at 1:05 pm

    hai,
    boleh saudara ceritakan tentang asal keturunan etnik Cham.
    Adakah etnik Cham terlibat dalam zaman pemerintahan komunis Pol Pot yang mengakibatkan genocide tersebut dari 1975-1979.
    Saya amat berharap agar pihak saudara dapat memberi informasi ini kepada saya dengan lebih dalam.
    Dari segi corak pemerintahan dan faktor-faktor sehingga berlakunya pembunuhan kejam itu.

    • 22 nadiran September 25, 2009 at 11:44 pm

      assalamaualaikum… dan Selamat Hari Raya

      Saya ingin memohon bantuan dari saudara…
      Saya sangat sangat memerlukan maklumat bknaan isu kemusnahan alam sekitar di Lembangan Sg Mekong di penempatan awal kependudukan negara Laos, Cambodia dan Vietnam..

      Harap saudara dapat membantu secepat mungkin….
      Terima kasih banyak2..

  21. 23 nuraini September 30, 2009 at 3:58 am

    mohon informasi tentang arsitektur dan lingkunga di sekitar sungai mekong

  22. 24 ayie Oktober 2, 2009 at 6:32 pm

    terima kasih kerna sudi kongsi malumat,,tuan
    sekurang ye saya tahu bangsa melayu,,bahasa melayu dari pihak tuan dan pihak yang terlibatkan diri mahu pon secara langsung mahu pon tidak,,,terima kasih,,semua

  23. 25 norazlan ahmad Oktober 24, 2009 at 5:49 am

    hanya persoalan. Dalam Alquran ada dinyatakan tentang asal usul manusia dari Nabi Adam a.s. Sejarah manusia dinyatakan dari satu nabi ke satu nabi. Sayang sekali ahli sejarah tidak mengaitkannya dengan salasilah nabi-nabi ini. Saya rasa inilah yang perlu dilakukan oleh ahli sejarah kita. Bagaimana dengan perubahan yang berlaku apabila banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Noh yang mengubah populasi manusia. Ada yang menyatakan melayu proto berasal daripada serpihan pengikut Nabi Noh. Oleh itu cuba kaitkan dengan kemahiran manusia pada zaman Noh.Cuba fikirkan kat mana lompongnya teori-teori barat nih. Terutamanya apabila dikatakan manusia ni berasal dari beruk.


Tinggalkan jawapan




Farul Azri


Penulis banyak terlibat di dalam bidang pengiklanan di seluruh dunia. Hasil kerja beliau dapat dilihat dari Jepun sehingga menjangkau sejauh benua Amerika dan Eropah. Seorang berbangsa Melayu yang amat bangga dengan sejarah bangsanya sendiri. Yang memuliakan agamanya yang satu iaitu Islam sebagai pegangan zahir dan batin.

Atas dasar cintakan sejarah, penulis juga telah menemui beberapa pakar sejarah dan sering mengadakan diskusi-diskusi bersama beberapa sarjana sajarah dan budaya dari seluruh pelusuk dunia. Penulis juga telah merantau jauh semata-mata bagi mencari apa yang beliau gelar 'Melayu & Islam'...

Kandungan

Arkib