35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.

Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.

Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.

41 Responses to “35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik”


  1. 1 Ricky Februari 1, 2009 at 7:58 pm

    Di Malaysia,mana ada Mesolitik punya?!~~~~

  2. 2 Yun Yi Februari 1, 2009 at 8:00 pm

    Yalah,di malaysia have only Paleolitik,Neolitik dan juga Logam.!!~

  3. 4 loli Februari 6, 2009 at 10:35 pm

    pandai sgt org ni…..mna ada mesolitik kat malaysia

  4. 5 devil~clone Februari 26, 2009 at 9:47 pm

    tu la…..da la saye baru form 1 da tahu x de zaman mesolitik la………….tolong main jin online……

  5. 6 Farul Azri Mac 1, 2009 at 10:06 pm

    learn kiddos..!😀

  6. 7 dany Februari 3, 2010 at 7:32 pm

    ape nye yang nak kecoh2 ni. biarlah x de zaman mesolitik…asalkan blajar… baru lah pandai kan.. kan..

  7. 8 Avicennia Februari 9, 2010 at 9:02 pm

    mungkin ade kowt
    enthlah

    tpi setahu sya hnya paleotik,neolitik dan logam.

  8. 9 dany Februari 13, 2010 at 12:59 pm

    adela… x bace brite ke….

  9. 10 adik Mac 10, 2010 at 9:06 pm

    ade la zaman MESOLITIK kat Malaysia!!! korang nie x bce ke berita @ tengok berita…nampk sangat x ambil tau tntang negara kita!!! klu nk tau lbh lanjut tngk lah berita!!

    • 11 i am archaelogist Disember 26, 2012 at 3:37 am

      malaysia xada zaman mesolitik. buktinya, jumpaan alat batu Hoabinh di Hulu Terengganu. jangan rujuk berita la. rujuk pengkaji arkeologi. dyorang ada bukti sahih.

  10. 12 noorainasyafiqah Mac 10, 2010 at 9:16 pm

    adelah zaman mesolitik kat mlaysia kat tasik kenyir 13000 tahun lalu lamakan

  11. 15 dira_gurlz97 Mac 28, 2010 at 6:38 pm

    mane ade zmn mesoliotik kat negara kite. N dlm buku teks pon ade ckp negara kite x mengalami zmn tu tau!

  12. 18 Styler Zack Mei 16, 2010 at 2:24 pm

    Di negara kita ade zaman paleolitik,neolitik dan logam je..mesolitik ada di zaman paleolitik.

  13. 19 hosnanda Ogos 28, 2010 at 1:07 pm

    Perkataan Melayu diambil daripada bahasa Arab iaitu al=mala’u. Di dalam kitab Lisanul Arab bermakna yang berkembang biak, bangsawan agung, yang memenuhi ruang, penghijrahan, budi pekerti yang agung dan banyak lagi maknanya. Kalau teori menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu adalah benar.

    Sejarah bermula apabila Merong Mahawangsa atau Phra Ong Mahawangser mejadi ketua rombongan mengiringi anak Maharaja Rom Baizantium ke negara China kerana mahu berkahwin dengan puteri Maharaja China. Phra Ong Mahawangsa adalah seorang raja Parsi yang pada ketika itu menjadi sebahagian daripada jajahan Baizantium.

    Di dalam perjalan, rombongan ini diserang oleh sekumpulan lanun India yang menaiki kapal dengan kepala seperti burung garuda. Angkatan ini hancur dan musnah kecuali kapal milik Merong Mahawangsa sahaja yang terselamat dan berhijrah ke Kedah.

    Di sini Merong Mahawangsa mendirikan sebuah negara dan dinamakan Kalaha sempena kekalahannya di laut India. Ketika ini amalan kepercayaan masyarakat dan pembentukan bangsa di Tanah Melayu berasaskan kepada sekurang-kurangnya 5 bangsa, iaitu:-

    1. China
    2. India
    3. Monggolia
    4. Parsi
    5. Arab

    Kedatangan delegasi dakwah pimpinan Syeikh Abdullah Jaafar Al-Qumairi ke Istana Bukit Meriam disertai 11 orang sahabatnya menepati masa kerana kerajaan Kalaha sedang mengadakan sambutan ulangtahun penubuhan negara itu dengan mengadakan pertunjukan yang berbaur kepercayaan paganisme, kepercayaan kepada dewa serta amalan hikmah ilmu sihir.

    Kedatangan rombongan Islam ini telah mengundang sengketa dan akhirnya berlakulah pertempuran di antara rakyat Kalaha dengan rombongan Syeikh Abdullah Jaafar Al-Qumairi. Kesudahannya negara telah kalah. Syeikh Abdullah walaupun berjaya memenangi pertempuran ini sebaliknya menyerahkan semula Kalaha kepada Merong Mahawangsa. Syeikh Abdullah sebaliknya menyeru Merong Mahawangsa agar menganut agama Islam. Tertarik dengan akhlak rombongan Syeikh Jaafar ini. Merong Mahawangsa memeluk agama Islam dan memakai gelaran sebagai Sultan Muzaffar Syah I. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1136 Masihi.

    Baginda dimakamkan di Merbok, Kedah. Pengislaman Merong Mahawangsa menyebabkan berlakunya pengislaman secara massal kerana sudah menjadi kebiasaan rakyat akan mengikut agama pemerintah. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat Kalaha yang enggan menerima Islam. Mereka ini meminggirkan diri jauh ke dalam hutan dan di sinilah bermula masyarakat orang Asli.

    Sultan Muzaffar Syah I merupakan manusia pertama bergelar Melayu. Sebenarnya Syeikh Abdullah menamakan mereka sebagai Al-Mala’u. Tetapi kerana nenek moyang kita agak kekok menyebutnya maka disebutlah Melayu mengikut tuturan lidah kita. Arahan menamakan dengan gelaran ini datang dari guru kepada Syeikh Abdullah Jaafar iaitu Sultan Auliya’ Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani. Ini terbukti, kerana Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah datang ke gunung Jerai untuk melawat makam Syeikh Abdullah Jaafar. Di gunung Jerai juga terdapat kawasan hamparan batu yang menjadi tempat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mendirikan solat.

    Setelah pengislaman Merong Mahawangsa, Kalaha bertukar nama kepada Kedah Darul Aman. Perkataan Kedah berasal daripada perkataan Arab iaitu qaddah bermakna bekas, kerana Sultan Muzaffar Syah menyerahkan bekas minuman arak kepada gurunya Syeikh Abdullah sebagai tanda perubahan kepercayaan dan amalan. Disebut Darul Aman kerana negeri Kedah telah bebas dan aman dari segala amalan yang bertentangan dengan syariat Islam.

    Walaupun kedatangan Islam adalah lebih awal di Patani. Ada sejarawan menyebut ia dibawa oleh Syeikh Ibrahim Al-Hadhrami Al-Yamani Al-Fathani. Beliau merupakan keturunan Saidina Umar Al-Khattab. Daripada beliau lahir kelompok ulama Patani yang meneruskan kegemilangan Islam di nusantara seperti Syeikh Daud Al-Fathani, Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani.( Sila rujuk tulisan Ustaz Wan Mohd.Saghir ). Namun begitu belum wujud lagi mana-mana negara Islam di nusantara ketika itu. Yang ada hanyalah komuniti-komuniti kecil masyarakat muslim.

    Kerajaan Kedah Darul Aman merupakan kerajaan Melayu Islam yang pertama di nusantara. Ia bertukar menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan aman selama 700 tahun. Serta mempunyai jajahan takluk di antara Benua India dan Tanah Besar China. Sungguhpun begitu penduduk jajahan tidak dipaksa memeluk Islam.

    Saya percaya saya telah menjelaskan bagaimana perkataan Melayu diperolehi dan wujud bangsa Melayu diasaskan. Dari sudut genetik kita adalah campuran sekurang-kurangnya lima bangsa.Dan pengislaman nenek moyang kita diasaskan oleh ulama Sufi. Buktinyanya sahabat pertama yang diberi pengetahuan tentang sufi atau tasawwuf ialah Huzaifah Al-Yamani, kedatangan Islam sebelum tertegaknya kerajaan Kedah Darul Aman di bawa oleh Syeikh Ibrahim Al-Hadhrami Al-Yamani Al-Fathani. Begitu juga kedatangan delegasi dakwah Syeikh Jaafar Al-Qumairi Al-Yamani juga dari halaqah Maharaja Sufi yang Agung iaitu Syeikh Abd-Qadir Al-Jailani. Saya pernah terbaca sebuah buku agama yang menghidangkan koleksi hadis berbunyi “Sehalus-halus pekerti bangsa Arab iailah Arab Yaman”.

    Maka, bangsa Melayu telah ditarbiah dengan akhlak kaum sufi selama 700 tahun. Buktinya berdasarkan beberapa kajian sarjana di Universiti Islam Antarabangsa, menyebut hanya kelompok Melayu di Tanah Melayu sahaja yang menyebut “maaf zahir dan batin”. Amalan ini tidak terdapat di dalam mana-mana komuniti Islam di dunia. Ia hanya berlaku di tempat kita.

    Begitu juga di dalam amalan persilatan, saya menyebut tentang persilatan kerana ada sesetengah pihak menyebut hasil perlawanan Syeikh Abdullah Jaafar ketika menentang panglima Kalaha itulah yang menjadi asas mulanya sejarah silat tertentu di negara kita contohnya silat kalimah. Disebabkan itu silat Melayu kaya dengan kuncian, kerana sifat silat Melayu bukannya membunuh sewenang-wenangnya sebaliknya memberi peluang kepada musuh apabila gerakan mereka terkunci agar segera kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Untuk lebih mendalam lagi tentang pengkajian Sejarah Melayu. Tuan dan puan boleh merujuk dengan website atau blog ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 pimpinan Al Fadhi Ustaz Haji Ahmad B.Haji Che Din selaku yang dipertua. Saya kira coretan ini masih kaya dengan kekurangan dan miskin dengan kelebihan yang dibangsakan kepada skema ilmu masa kini. Saya pohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Daripada diri saya zahir dan batin, rohani dan jasmani. Salam hormat…

    • 20 orangbiasa September 12, 2010 at 9:46 pm

      Saya tertarik dengan pihak yang menerangkan mengenai Al-Mala-u adalah Melayu Islam Melayu tetapi saya ingin memperbetulkan sedikit fakta mengenai Syeikh Ibrahim Al-Hadhrami Al-Yamani Al-Fathani kerana saya adalah keturunan beliau.

      Beliau adalah keturunan Sayyid Hussein Jamadil Qubra Al-Hadhrami atau Azmatkhan atau Al-Yamani yang bersusurgalur menerusi Sayyid Abdullah Azmatkhan dan seterusnya kepada Sayyid Malik Muhajjir sehingga kepada Sayyidina Hassan dan Hussein r.a. Ini merupakan fakta kepada kaum keluarga dan kerabat kami dan silsilah ini telah berusia ratusan tahun berada dalam simpanan kami.

      Walaubagaimanapun mengenai leluhur Sayyidina Umar Al-Khattab, kami tidak menolak kemungkinan itu kerana sememangnya ada perkahwinan-perkahwinan bagi merapatkan silaturrahim di masa-masa yang lepas.

      Sekian, wassalam

    • 21 Joko Kendal Mac 17, 2016 at 10:10 am

      Sangat baik dan interesting explanation tapi Saya rasa ade baik nya time period di ikutkan pada setiap yang berlaku dan sumber rujukan serta dapatan Archeology yang dapat memberi lebih bukti akan klaim yang saudara berikan kalau tidak tulisan saudara susah untuk terima kesahihan-nya. Sebagai orang keturunan Jawa, saya selalu ingat yang bangsa Melayu adalah turunan dari bangsa2 yang tinggal di daerah Nusantara dan bukan dari Tanah besar lebih2 lagi dari China. Saya harap saya di-perbetulkan kalau saya salah.

  14. 22 sejarah Oktober 23, 2010 at 2:54 pm

    M’sia xde mesolitik lah.. ada paleolitik , neolitik and logam aje.. tapi, mesolitik ada kat dalam paleolitik ke?

  15. 23 Muhammad Aiman Jun 16, 2011 at 8:50 pm

    Penyelidikan terdahulu menyatakan Zaman Mesolitik wujud di Malaysia berasaskan ciri alat batu Hoabbinh yang terdapat di Vietnam

  16. 25 Syn Ogos 5, 2011 at 8:01 pm

    wujud ke zaman sume2 nie???? atau sekadar mainan orang2 eropah untuk kelirukan umat islam supaya lebih mempercayai zaman yang tak bertamadun atau zaman yang baru kenal erti tamadun daripada mempercayai manusia awal iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa..Hal ini berkait rapat dengan teori yang dikemukakan oleh saintis barat iaitu Charles Darwin yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada beruk atau mawas.ini menunjukkan bahawa orang eropah akan membuat apa sahaja demi mencapai cita2 mereka iaitu mengelirukan umat Islam di serata dunia..Wallaualam

  17. 26 hema preyaa Oktober 5, 2011 at 10:12 pm

    oh so confusing

  18. 27 Azmira Lazim Oktober 16, 2011 at 3:52 am

    kebanyakan timbul persoalan sebegini apabila buku2 teks tidak di upgrade cntoh penemuan baru ahli2 sejarah,……..namun begitu buku teks xbleh dipersalahkan sebab media massa memainkan peranan.diri sendiri pun kena rajin membaca,……sewaktu saya berumur 8 tahun saya telah membaca buku2 kakak n abang saya dari universiti mengenai sejarah2 melayu maupun dunia….serta pendedahan arwah ibu n ayah mengenai sejarah itu sendiri……. dari pencinta sejarah…

  19. 28 yant_negeri tetangge Februari 10, 2012 at 9:59 pm

    menyimak ^^

    dan do’a kita selaku pelajar adalah “Allahumma arinal haqqo haqqo war zuqnat tiba’ah,,waarinalbathila bathila war zuqnaj tinabah”

  20. 30 nur iylia shafiqa April 11, 2012 at 12:30 pm

    zaman mesolitik mane da wujud di malaysia! pandai pandai reka cite nih…

  21. 32 kuhan April 13, 2012 at 12:03 pm

    i love it❤

  22. 33 mirul Ogos 26, 2012 at 3:05 pm

    woi2 kow owg ni smew mmg x bljar tol lar zaman mesiolitik x de sbb zaman 2 dh ad kt malaysia klow x caya bka bku teks tinkatan 3

  23. 34 i am archaelogist Disember 26, 2012 at 3:40 am

    rujuk Arkeologist!!

  24. 35 Aimi Mac 2, 2013 at 9:01 am

    yaa .. mna ada zaman mesolitik di Malaysia .. kl0 m0 trepp pndai jgn laa di google .. kmi x b0d0h .. aQ f0rm 1 tp kta ckgu , mna ada wujud zaman mes0litik di malaysia .. cma di Vietnam larhhh ..

  25. 36 kavi.. Jun 27, 2013 at 7:25 pm

    mesolitik sebenarnya wujud di malaysia. akeologist di seluruh dunia menyatakan bawaha zaman mesolitik ini wujud di seluruh dunia dan zaman mesolitik ini bercampur dengan zaman paleolitik…… this is the truth…..

  26. 37 vikram Februari 6, 2014 at 8:48 pm

    malaysia hanya mempunyai zaman paleolitk,neolitik dan logam. tapi tidak ada bukti zaman mesolitik di malaysia.

  27. 39 BoNd007 Ogos 10, 2015 at 4:52 am

    Ni lah dia budak2 melayu sekarang yang dah disogokkan dengan buku teks edisi penjajah. Lain kali selain dari buku teks baru bersuara. Baru budak hingusan nak ajar orang.

  28. 40 zikry Januari 4, 2016 at 8:35 pm

    mohon sedar eh
    sejarah skrg ni dah ditokok tambah

    mcm skrg la
    gadoh pasl mesolitik
    ada kata wujud ada kata tidak

    tapi terfikir tak , apa guna bergadoh ?
    takleh nak bincang elok elok ?

    eh ni ke bangsa melayu yg dikatakan hebat sedangkan benda kecil pun nak gadoh ?


  1. 1 Sejarah Melayu | Tengku IT Jejak balik bagi Disember 18, 2014 at 11:38 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Farul Azri


Penulis banyak terlibat di dalam bidang pengiklanan di seluruh dunia. Hasil kerja beliau dapat dilihat dari Jepun sehingga menjangkau sejauh benua Amerika dan Eropah. Seorang berbangsa Melayu yang amat bangga dengan sejarah bangsanya sendiri. Yang memuliakan agamanya yang satu iaitu Islam sebagai pegangan zahir dan batin.

Atas dasar cintakan sejarah, penulis juga telah menemui beberapa pakar sejarah dan sering mengadakan diskusi-diskusi bersama beberapa sarjana sajarah dan budaya dari seluruh pelusuk dunia. Penulis juga telah merantau jauh semata-mata bagi mencari apa yang beliau gelar 'Melayu & Islam'...

Kandungan

Arkib


%d bloggers like this: