Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melayu

Sungai Mekong

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.

Mekong

Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu Tertua

Teks Melayu Tua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

Persamaan Bahasa Cham dan Melayu
Klik untuk gambar besar.

Wanita Yunnan
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.

94 Respon to “Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melayu”


  1. 1 na'imah halim Ogos 31, 2007 at 11:45 pm

    penulisan saudara amat membantu saya dalam menyiapkan thesis bagi kursus yang saya ambil di uitm..terima kasih..nama saudara tertera di atas hasil kerja saya…

  2. 5 Farul Azri September 3, 2007 at 9:04 pm

    Alhamdulillah kiranya penulisan yang tidak seberapa ini dapat membantu saudari sedikit sebanyak dalam menyiapkan thesis pengajian. Insyaallah, ilmu atau pengetahuan yang ada dapat kita manfaatkan bersama selain menyimpan dan menyampaikan warisan pada generasi yang kemudian. Insyaallah, jika ada kelapangan akan saya tambahkan lagi penulisan ini dari masa ke semasa kerana masa yang ada kini agak terhad buat saya menulis.

  3. 7 jorasmin Februari 14, 2008 at 9:29 pm

    Bolehkah saudara penulis menjelaskan mengenai bermulanya penaklukan Portugis di Melaka? Saya banyak mendapat maklumat yang belum tentu kesahihanya di mana Bendahara Melaka bukanlah punca sebenar tradegi ini, kerana pada masa itu petualang-petualang ini adalah mereka yang bukan penduduk asal Tanah Melayu. Kenyataan ini disokong setelah dikaitkan dengan kepentingan mereka pada ketika itu dalam kegiatan perniagaan. Pada ketika itu, Tanah Melayu dikenali sebagai lubuk rempah yang secara langsung menjadi tarikan pelayar-pelayar asing dari Eropah.

  4. 8 Farul Azri Februari 18, 2008 at 9:50 am

    Saya akan terangkan mengenai penaklukan Portugis sebagai kuasa asing pertama di bumi Melayu dalam posting yang akan datang, Insyaallah.. Tetapi buat rujukan, Bendahara bukanlah punca kejatuhan Melaka. Banyak kisah-kisah dalaman yang akan dihuraikan, Insyaallah. Tetapi, buat sementara waktu, memadailah kiranya dapat memahami melalui pembacaan artikel ini: http://fluxlounge.wordpress.com/2007/08/31/merdeka-dan-menderhaka-dalam-50-tahun/

  5. 9 Nazri Md Isa Februari 27, 2008 at 2:09 pm

    Assalamualikum Sdra,
    Sila hubungi saya melalui email berkenaan pencarian Pakar Sejarah.
    Salam

  6. 11 Farul Azri Mac 22, 2008 at 12:39 am

    Buat Nazri Md Isa, Inshaallah. Email kepada tuan akan menyusul selepas ini.

    Buat Ain Binti Islan – Hai apa khabar?

  7. 12 Tarita April 25, 2008 at 12:08 am

    Salam.Penulisan saudara juga sedikit sebanyak membantu saya untuk menyediakan tajuk perbentangan “Siapakah Orang Melayu sebenarnya. Bincangkan dalam aspek bangsa, geografi, bahasa, budaya dan kepercayaan”. Terima Kasih.

  8. 13 Muhazzar Mansor Mei 26, 2008 at 12:02 pm

    Saya memang amat berminat untuk mengkaji sejarah tentang asal usul orang melayu. Masa amat mencemburi saya, dan bidang kerja saya sekarang amat berbeza dengan minat saya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada encik kerana memberi informasi yang berguna untuk saya.

  9. 14 keet Julai 31, 2008 at 10:40 am

    penulisan yang berguna untuk dikongsi..saya jadikan ia sbg bahan rujukan untuk assignment saya..

  10. 15 saat sulaiman September 24, 2008 at 2:49 am

    salam.
    Sebagai anak bangsa Melayu-cham,saya bebangga menjadi salah seorng dalam kategori bangsa Melayu.Bangsa melayu mempunyai pelbagai etnik seperti jawa,bugis,cham,batak dan lain-lain.
    Namun apa yang menyedihkan,dalam Mykad menulis bangsa kemboja.
    Bangsa kemboja dan melayu cham adalah sangat jauh berbeza.
    kini bangsa Melayu cham di Kemboja seramai 700,000 dalam 12 juta rakyat Kemboja keseluruhan.
    Malah ramai anak Malaysia tidak mengetahui bahawa bangsa Cham dan Melayu Malaysia adalah serumpun.
    Bangsa Cham memeiliki negara bernama Champa tetapi telah hilang dalam peta dunia semenjak 600 tahun lampau.
    Yang tinggal ialah bahasa,bangsa,adat dan budaya.
    Bangsa Cha adalah satu2nya bangsa yag tidak memiliki egara sebagaimana bangsa lain.
    Memang menyedihkan bngsa Cham terpaka menumpang di negara-negara dunia……

  11. 16 konek November 10, 2008 at 3:03 am

    It is no secret that Parameswara was an Indian and a Hindu prince until he married a Pasai princess and converted to Islam and adopted the Persian name Iskandar Shah.

    There seemed to be no problem telling the truth as I just expressed it during my school days. The school textbooks were quite clear on this – but not today, I am told.

    Once again the ‘insecure’ Umno-led government had to wipe out any references to this famous Melaka prince as being Hindu and belonging to the powerful Hindu empire Srivijaya.

    So all of a sudden our museums, school textbooks etc, all refer to Parameswara as a malay prince. Umno’s lying, mind you, is not confined to the mainstream newspapers.

    • 17 melayu Mei 4, 2010 at 12:10 am

      Bodoh punye konek, tulah tak sunat. taik plat penuh atas kepala. Parameswara tu JAWA, a Hindu follower then Convert to islam. tak semene mene umno jadi penipu. poraaahhh

    • 18 Daniz B Oktober 19, 2010 at 10:42 pm

      Because his name was PARAMESWARA, then you thought he was an indian?? He is malay, the name only showed his faith at that time..yes, he is hindu, hindu is religion not race..Then how about Najib Tun Razak?? is he an Arab prince?? Abdullah Badawi, is he a badwi?, Anwar Ibrahim?…Theresa Kock? is she chinese caucasian??
      And konek..are your face like konek (cock)? if I relate to your hindu prince theory..your face do like konek..now do you understand? go back to school la konek..

  12. 19 ruyom November 10, 2008 at 3:05 am

    It is been interesting to read such free-flowing comments on an all “Malaysians” free for all.

    The “malays” are not a race. I am so sorry that you are only hearing this now. The rest of the academic world has known it for years.

    Evidence, and not mere gut-feeling please.

    From Yunnan to Taiwan, to Philippines, to Borneo, back to Cambodia, then to Kelantan, mixed with Achenese, Pattanis, Negritos, Javanese, Jakuns, Indians, Chinese and Arabs again.

    In short, a Chinese mixed sub-race. Why not just say Chinese?

    • 20 Daniz B Oktober 19, 2010 at 10:46 pm

      Because most of chinese in malaysia is not muslim..(yes there are, but majority not) we like to be called malay, because we are muslim..we proud of that..

    • 21 MALA_PENGYU Mac 24, 2013 at 1:45 pm

      Yes, and so are chineses and indians..Sorry we are not chinese sub race as you’re trying to imply. We are courteous and not racists. For your
      information, chinese, if it is your race, are the most racist people on earth,

  13. 22 coolooc November 10, 2008 at 3:09 am

    When will be the good day the Orang Asli come forward to utter their rightful word – “you all go back to your land of origin and leave us alone”. Then malays, Indians and Chinese etc, can all pack and leave Malaysia for good.

    • 23 Daniz B Oktober 19, 2010 at 10:50 pm

      The orang asli wont tell that to Malays..u know y?? we don’t practiced racism, assimilation and ethnic cleansing..we just love them as our brothers, the ties has been long since thousand years back..

      • 24 1malaysia Oktober 18, 2011 at 11:35 am

        you bastard!!!…u r saying that ” the orang asli wont tell that to Malays”??? that means they would well tell that to indians and chinese??? u mean that these 2 communities r practising racism, assimilation and ethnic cleansing??? U know 1 thing?? Malays are the one that likes to form racism and never appreciate those been contributed by indians and chinese to this so called ‘Malays’ nation….. if there are no malays and chinese then definitely there wont be malaya…..no malaya then wont be malaysia then……u r example for the saying ‘Melayu Cepat Lupa’…..hiduplah dgn sins!!!

    • 25 MALA_PENGYU Mac 24, 2013 at 1:36 pm

      If what you’re saying is true, then bloody well all of us leave the planet earth. All belongs to orang asli?? LOL

  14. 26 Awis Arkani Mac 31, 2009 at 1:50 am

    Terima kasih saudara kerana telah menceritakan secara ringkas asal-usul kaum melayu. Saya mula meminati bahan sejarah melayu bermula 1 tahun yang lalu. Banyak bahan yang saya kumpul sendiri melalui bacaan buku dan internet, tetapi gagal meringkaskan beberapa plot yang mengelirukan seperti kehadiran agama hindu-budha di nusantara.kerana kulit orang melayu pada hari ini ada yang gelap dan cerah, namun mereka tetap melayu. semasa saya terjumpa rencana berkenaan yunnan, mungkin tidak berapa logik kerana bangsa china memiliki kulit cerah dan tiada yang gelap. begitu juga dengan daerah2 indo-china. kesahihan pigmentasi genetik ini juga salah satu perkara yang cuba saya kaji, namun kerjaya saya hanya seorang pembantu perubatan dan bukan pakar sejarah mahupun arkeologi.namun minat saya cukup cenderung untuk membuat kajian sendiri jika diberi peluang. adakah saudara pernah ke yunnan? jika berkesempatan dan ada rezki saya juga merancang ke sana kelak.

  15. 27 jamaludin April 17, 2009 at 1:04 pm

    assalamualaikum saudara,
    blog saudara amat menarik dan saya “terpaksa” mengambil beberapa maklumat yang saudara kemukakan untuk dipanjangkan ilmu ini…harap mendapat keizinan dan marilah kita sama sama memperjuangkan sejarah dan tamadun bangsa kita untuk semua….tahniah untuk saudara

  16. 28 melayu nusantara Mei 13, 2009 at 5:39 pm

    Assalamu alaikum wr,wb

    Salam semenanjung melayu

    blog saudara sangat bagus ………

    Kami bebarapa putra melayu yang berada di sumatera utara tepatnya di sekitar Medan mencoba untuk membentuk Yayasan Melayu Nusantara dengan maksud berbuat kebajikan untuk bangsa melayu.

    kami baru belajar, kami mohon izin untuk mengambil bahan-bahan dari blog sauadara dan link blog

    kami mohon bantuan saran dan pendapat untuk perkembangan yayasan yang baru kami bentuk.

    MelayuNusantaraCenter
    (MNCenter)

  17. 29 Melayu Boleh Mei 20, 2009 at 1:11 pm

    Jika kita lihat difinasi Melayu, salah satunya ialah satu bangsa yang mengamalkan bahasa Melayu dalam pertuturan, Mengamalkan adat dan budaya Orang Melayu, dan Beragama Islam.
    Itu adalah sebahagian perkara terpenting dalam definasi Melayu.
    dan selagi darah Melayu mengalir dalam diri seseorang (samada dari belah bapa atau ibu) dia tetap bangsa Melayu. Maknanya jika campuran Melayu dengan apa bangsa sekalipun baka yang terhasil tetap orang Melayu.

    dan Tanah Melayu merupakan satu negara Melayu yang bermula sejak Sultan Iskandar Shah (1402) mula mengamalkan pentadbiran Beraja Monarki dan mengistiharkan Melaka (Semenanjung Tanah Melayu) sebagai Negeri Berdaulat.

    Ianya merupakan kerajaan pertama di Tanah Melayu secara langsung menjadikan Tanah Melayu (pada ketika itu dikenali sebagai Melaka) sebuah Negara Melayu.

    Lengkap dengan pentadbiran yang sistematik dan teratur.
    Melaka secara perlahan menjadi sebuah pusat dagangan antarabangsa dan berkembang pesar apabila selat Melaka menjadi tumpuan pedagang dari Barat dan Timur.

    Sampai satu masa Portugis melihat Melaka begitu kaya dan berpotensi sebagai pusat ekonomi, geografi, politik dan agama maka satu serangan untuk menakluki Melaka telah dilancarkan pada tahun 1511.

    Melaka tewas pada tahun yang sama akibat leka dengan majuan dan kemewahan. Laksamana laut yg tidak bersedia, rasuah, khianat dan pentadbiran yang lemah menjadikan faktor kekalahan Melaka.

    Melaka terus menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah seperti Belanda (1641-1824), British (1824-1941), Jepun (1941-1945), British (1945-1957) sebelum Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957.

    • 30 MALA_PENGYU Mac 24, 2013 at 1:52 pm

      Hairanlah. Kenapa sejarah Tanah Melayu hanya di kaitkan dengan Melaka? Sejarah Melaka cuma bermula di ketika Parameswara, Putera Kerajaan SriVijaya membuka Melaka?. Coba kaji sejarah Kedah Tua yang telah ujud beratus-ratus tahun sebelum Kerajaan Melaka.

  18. 31 hajriansyah September 3, 2009 at 12:54 am

    salam budaya!
    senang dapat berkunjung blog saudara, dan dapat mengambil pembelajaran lagi dari sejarah melayu.
    saya adalah orang banjar (kalimantan selatan, indonesia) yang sangat antusias terhadap kesejarahan melayu. orang banjar, menurut sejarah yg saya pahami, pun berasal dari orang melayu, sehingga keingintahuan saya yg dalam atas akar budaya saya membawa saya kepada blog saudara. mungkin saudara dapat memberikan sedikit gambaran tentang migrasi melayu ke kalimantan selatan, melalui teluk raksasa di selatan (atau tepatnya tenggara) pulau kalimantan itu ribuan tahun yang lalu?
    terima kasih atas masukannya.
    salam dari banjarmasin.

  19. 32 PAKLONG September 11, 2009 at 1:07 am

    Salam. Sy sudah masukkan my link info didalam blog saya http://www.paklongnusantara.blogspot.com Ianya baru dibina bertujuan memberi banyak info asal Melayu kepada generasi Melayu Malaysia. Terima kasih dalam usaha bekerjasama.

  20. 33 ain September 11, 2009 at 1:05 pm

    hai,
    boleh saudara ceritakan tentang asal keturunan etnik Cham.
    Adakah etnik Cham terlibat dalam zaman pemerintahan komunis Pol Pot yang mengakibatkan genocide tersebut dari 1975-1979.
    Saya amat berharap agar pihak saudara dapat memberi informasi ini kepada saya dengan lebih dalam.
    Dari segi corak pemerintahan dan faktor-faktor sehingga berlakunya pembunuhan kejam itu.

    • 34 nadiran September 25, 2009 at 11:44 pm

      assalamaualaikum… dan Selamat Hari Raya

      Saya ingin memohon bantuan dari saudara…
      Saya sangat sangat memerlukan maklumat bknaan isu kemusnahan alam sekitar di Lembangan Sg Mekong di penempatan awal kependudukan negara Laos, Cambodia dan Vietnam..

      Harap saudara dapat membantu secepat mungkin….
      Terima kasih banyak2..

  21. 35 nuraini September 30, 2009 at 3:58 am

    mohon informasi tentang arsitektur dan lingkunga di sekitar sungai mekong

  22. 36 ayie Oktober 2, 2009 at 6:32 pm

    terima kasih kerna sudi kongsi malumat,,tuan
    sekurang ye saya tahu bangsa melayu,,bahasa melayu dari pihak tuan dan pihak yang terlibatkan diri mahu pon secara langsung mahu pon tidak,,,terima kasih,,semua

  23. 37 norazlan ahmad Oktober 24, 2009 at 5:49 am

    hanya persoalan. Dalam Alquran ada dinyatakan tentang asal usul manusia dari Nabi Adam a.s. Sejarah manusia dinyatakan dari satu nabi ke satu nabi. Sayang sekali ahli sejarah tidak mengaitkannya dengan salasilah nabi-nabi ini. Saya rasa inilah yang perlu dilakukan oleh ahli sejarah kita. Bagaimana dengan perubahan yang berlaku apabila banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Noh yang mengubah populasi manusia. Ada yang menyatakan melayu proto berasal daripada serpihan pengikut Nabi Noh. Oleh itu cuba kaitkan dengan kemahiran manusia pada zaman Noh.Cuba fikirkan kat mana lompongnya teori-teori barat nih. Terutamanya apabila dikatakan manusia ni berasal dari beruk.

  24. 38 SU Abim Kuantan Disember 17, 2009 at 11:48 pm

    Saya amat bangga dengan penulisan ilmiah saudara yang cukup menawan sesiapa sahaja yang membacanya terutama bagi mereka yang pencinta ilmu Histrografis,Antropologi,Ilmu-Ilmu Sejarah sehinggalah muncul Ilmu-Ilmu Sosial dan Budaya sehinggalah lahirnya aneka bidang sosial di Fakulti Sains Sosial secara umumnya.Kadang generasi kita terutama di kalangan belia dan beliawanis tidak mengenal asal keturunan mereka akibat tiadanya keseriusan dalam memperbanyakkan penulisan penelitian ilmiah seperti ini.Benarnyalah firman Allah yang telah menciptakan kita yang terdiri dari laki-laki dan perempuan,begitu juga diciptakan kita dari bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kita saling mengenal antara satu sama lainnya.Dan janganlah sesuatu kaum itu menghina kaum tertentu kerana kaum yang dihina itu lebih baik di sisi Allah.Apa lagi sesama Islam itu adalah bersaudara yang berasal dari keturunan Nabi Adam Alaihi Wasalam.Semoga penulisan ilmiah ini akan mampu menjawab perumusan persoalan-persoalan yang berkait rapat mengenai ruang lingkup pembahasan yang dibatasi melalui metodologi displin ilmiah yang perlu dibenahinya,amin rabal-alamin.Tahniah di atas penulisan ilmiah ini dan semoga bermanfaat sesama insan yang cukup dahagakan informasi tersebut.Wassalam.

  25. 39 warisan tmk Disember 18, 2009 at 6:07 pm

    Penulis article di atas memberikan perkara-perkara berikut sebagai BUKTI bagi menyokong TEORI migrasi bangsa Melayu dari Yunnan di Cina:
    * Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
    * Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
    * Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

    Ingin saya membahaskan perkara tersenarai di atas satu persatu.

    1. Alatan batu – Saya percaya, alatan batu di mana-mana sekalipun tidak banyak bezanya. Batu tidak boleh dicairkan dan dibentuk seperti besi atau tembaga. Membandingkan alatan batu tidak boleh memberikan asas meyakinkan untuk mengaitkan dua budaya di atas.

    2. Persamaan adat – apakah persamaan-persamaan dimaksudkan?

    3. Persamaan bahasa -saya kurang pasti berapa peratus bahasa Kemboja ada persamaan dengan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga ada persamaan dengan Bahasa Jawa, Bahasa Tagalog, dan bahasa-bahasa ethnik Melayu yang lain.

    Lagipun, jika berlaku perpindahan dari Yunnan, apakah masih ada ‘orang Melayu’ yang tertinggal di Yunnan. Sebagaimana, bila kaum Cina berhijrah ke Malaya, lebih ramai kaum Cina masih tinggal di Tanah Besar Cina.

  26. 40 fah Disember 19, 2009 at 3:09 am

    “Penulis juga telah merantau jauh semata-mata bagi mencari apa yang beliau gelar ‘Melayu & Islam”

    -Farul Azri-

    Saya tertarik dengan pernyataan di atas ini..

    Soalan saya, adakah saudara sudah dapat cari apa yang saudara gelar melayu dan Islam itu?

    Maka sebelum perantauan jauh ini bermula, apakah melayu & Islam pada pengamatan saudara?

    Adakah Saudara bersetuju dengan pemikiran Melayu itu Islam ataupun Islam dibangsakan kepada melayu..?Bagaimana sejarah sendiri memandang perkara ini?

    • 41 warisan tmk Disember 19, 2009 at 9:25 am

      Sdra FAH,

      Melayu itu satu identiti BANGSA, bukan AGAMA. Orang Melayu pernah menganut agama ANIMISMA, HINDU dan BUDDHA, sebelum raja-raja Melayu memeluk Islam dan diikuti oleh rakyat jelata Melayu yang lain.

      Demikian juga bangsa Arab. Walaupun majoriti orang Arab beragama Islam, ramai juga Arab yang masih menganut agama Kristian. Namun begitu, memandangkan Rasulullah saw adalah seorang Arab, dan Islam tersebar lebih dahulu di bumi Arab, bangsa Arab telah menjadi kaum utama yang membawa PANJI-PANJI kebenaran Islam ke seluruh dunia. Pendeknya, bangsa Arab adalah PENDUKUNG AWAL dakwah dan perjuangan Islam.

      Di Kepulauan Melayu atau Nusantara, Islam mula sampai di utara Sumatra, di mana terdapat Kerajaan Melayu Samudera Pasai, sekarang dipanggil Aceh, kira-kita pada kurun ke-10 masehi. Islam juga telah sampai ke Trengganu sekitar masa yang sama. Dan, apabila Parameswara memulakan Kerajaan Melayu Melaka pada penghujung abad ke-14, dan kemudian memeluk Islam setelah berkahwin dengan Putri Raja Pasai, seluruh rakyat Melayu Melaka ikut memeluk Islam.

      Kecemerlangan Melaka berjalan serentak dengan kememerlangan Kesultanan Muslim yang telah menguasai seluruh Benua India. Sultan Iskandar Shah(nama baru Parameswara) telah menjadi PUSAT PERDAGANGAN bertaraf dunia. Selain dari itu, Melaka telah menjadi PUAST ILMU dan PUSAT PENYEBARAN ISLAM utama di Kepulauan Melayu. dengan itu, bangsa Melayu telah menjadi PENDUKUNG UTAMA menegakkan dan menyebarkan AGAMA ISLAM di Kepulauan Melayu.

      Berbeza dengan wilayah-wilayah negara islam yang lain, 100% umat Melayu di Tanah melayu beragama islam. Tidak ada perkahwinan penganut berbeza agama melibatkan orang melayu yang beragama islam. Penganut agama selain dsari Islam perlu memeluk Islam terlebih dahulu sebelum berkahwin denga seorang Melayu. Berdasar kepada realiti ini, semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan, UMNO telah memasukkan clause undang-undang yang mentakrifkan bahawa ORANG MELAYU itu semestinya BERAGAMA ISLAM.

      Tidak dapat dinafikan peranan umat Melayu di dalam MENEGAKKAN ISLAM di Tanah Melayu. Kuasa politik Melayu telah meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi dan mulia, berbanding dengan agama-agama lain. Oleh itu, jika kuasa Melayu terhakis atau hilang, ianya akan menghakis KEDUDUKAN ISLAM di Malaysia.

  27. 42 warisan tmk Disember 22, 2009 at 4:31 am

    Sdra FAH,

    Oleh kerana sdra GAGAL menjawab telahan-telahan saya, bolehkah saya anggap sdra telah MENGIBAR BENDERA PUTEH?

    Sebagaimana sdra sendiri sebut, TEORI migrasi Melayu-proto dari Yunnan adalah SATU TEORI yang tidak ada asal. Malah ianya tidak lebih dari IMAGINASI beberapa ahli sejarah barat.

    Imaginasi ahli-ahli sejarah yang MERACUNI pemikiran sdra bolehlah saya bandingkan dengan imaginasi Charles Darwin yang memikirkan the ORIGIN OF SPECIES.

    Hanya manusia yang berfikiran ala beruk-beruk DARWIN sahaja yang boleh mempercayai TEORI SUNGAI MEKONG sdra. Saya cabar sdra untuk keluarkan gambar-gambar dan peta SUNGAI MEKONG sehingga TEORI KARUT sdra mempunyai asas-asas yang lebih meyakinkan.

  28. 44 nik Disember 24, 2009 at 1:09 pm

    assmlkm,

    saya pminat sejarah melayu ingin kongsi ebook yang dlm simpnan saya ini, buknlh saya hendak berkta ia benar tapi biarlah saudara yang menilainya kerana saya bukan orang yang ahli untuk mengiakanya
    http://www.4shared.com/file/180042444/2bfa686c/mungkinkah.html

  29. 45 mohad arif syazwan Januari 22, 2010 at 4:28 pm

    Asslmkm,

    Hai,apa khabar sihat.

  30. 46 aqil simpang Mac 19, 2010 at 2:39 pm

    Asslkm,
    saya mmg ska tntg sejarah dri kcl lagi,saya ingin kongsi sjrh b’sama saudara

  31. 47 putra Champa Mac 29, 2010 at 8:22 am

    Bangsa Melayu-Champa adalah salah satu dalam alam Melayu. Tetapi adakah orang yang dipanggil sendiri “anak Melayu sejati” menpandang rendah mereka dan menpanggil mereka sebagai orang Khmer berasal di Kemboja ?? tetapi mereka, bangsang yang dihilang negara, bangsa yang menumpang tanah orang hanya tahu diam ,biar orang panggil dengan suka hati orang !!!

  32. 48 Mohd Fazli bin Abdullah April 18, 2010 at 5:32 pm

    Ada teori lain yang menolak teori migrasi – Melayu berasal dari Yunnan. Teori itu juga datangnya dari cendekiawan barat dan disokong oleh cendiakawan kita sendiri. Teori itu ialah; Melayu tidak datang dari mana-mana sebaliknya Melayu itulah yang menyebarkan keturunan ke selatan, utara, timur dan barat dari Alam Melayu.

    Saudara sebenarnya terperangkap dengan skop kajian saudara tentang teori mirgasi tentulah hasilnya saudara menemukan jawaban yang hampir ke arah hipotesis itu. Ada baiknya saudara mengkaji juga teori lawan yang saya sebutkan di atas.

    Sebenarnya tanpa menelaah banyak sekalipun, saya secara peribadi setuju pada teori yang berlawanan itu. Buktinya mudah kita dapatkan hari-hari melalui pemberitaan dalam media tentang penemuan-penemuan fosil, artifak dan rangka-rangka manusia di seluruh alam Melayu. Antaranya, penemuan rangka manusia di Perak dan Jawa ternyata sebenarnya lebih tua dari rangka manusia yang ditemui di berbagai daerah di China. Kenyataan, kalau sudah ada manusia terawal yang tinggal di alam Melayu, tentulah mereka meninggalkan baka di alam Melayu ini, dan dari baka-baka itu lahirlah kita keturunan Melayu sekarang.

    Seperkara lagi, etnik minoriti Dai di Yunan tidak bertutur dalam bahasa-bahasa austronesia, malah mirippun tidak. Mana mungkin kalau mereka berkerabat dengan kita, tidak satupun bahasa kosakata mereka sama sepeti kita. Persamaan antara aksara kuno Dai dan prasasti di Palembang tak cukup kuat dijadikan bukti. Tulisan boleh tersebar di mana2. Tanyakan; andainya kita memakai tulisan arab, adakah kita serumpun dengan keturunan arab? tentunya tidak.

    Baik untuk rujukan anda, saya sarankan satu buku berjudul Arkeologi Pra-Islam di pesisir Selat Melaka, evolusi atau migrasi; tulisan Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.

    • 49 jebatdurhaka Ogos 3, 2010 at 11:11 pm

      saya bersetuju

    • 50 Farul Azri Ogos 12, 2010 at 10:45 pm

      Terima kasih atas saranan saudara Mohd Fazli. Sememangnya tak dapat saya sangkal kerana terdapat pelbagai versi dan juga hipotesis mengenai asal usul Melayu.. Dan setiap hipotesis ini bukan ditulis secara semberono. Setiapnya dihasilkan dengan kajian yang mendalam dengan pelbagai cara.. Inshaallah saya akan dapatkan buku tersebut.. Terima kasih lagi sekali..

  33. 51 AKU BANSA MELAYU Julai 1, 2010 at 7:44 pm

    SALAM BANGSA KU……..AKU BANGGA LAHIR SEBAGAI BANGSA MELAYU….TIDAK KIRA APA YANG TERJADI…TERNYATA YANG KINI BANGSA KU SEMAKIN LUPA…..SEMAKIN LEMAH…DAN YANG PALING NYATA….MEREKA SUDAH TIDAK BERSATU….AKU SEDIH…………

  34. 52 tan kim yu Julai 30, 2010 at 6:40 pm

    where can search the story of melayu??and wan pengajaran….plz reply mi…..

  35. 55 azan Oktober 18, 2010 at 12:46 pm

    harap link ini dapat menambahkan lagi maklumat untuk pihak tuan

    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

    wassalam

  36. 56 jitu indra timur November 5, 2010 at 7:18 pm

    Melayu artinya apa? apakah dari bahasa Kawi(jawa) yang berarti lari. seingat saya dalam pelajaran SD saya ada kerajaan melayu merupakan kerajaan kembar dari Sriwijaya yang akhirnya melebur ke Sriwijaya. istilah Melayu sendiri baru di gunakan oleh inggris setelah inggris dapat menguasi semenanjung Malaya. maka semua yang berbau nusantra mereka sebut Melayu. Bahasa melayu bangsa melayu dst. kalau kita kembali ke Melaka atau malaka orang akan bilang ini lah awal muasal terminologi melayu itu sendiri. Padahal dengan tarikh yang lebih tua sebut saja Pasai Samudra dan Perlak mereka tidak mengenal terminologi melayu. tidak ada kampong Melayu yang ada Kampong Jawa/jawi/jowo. bahkan lingua Franca Nusantara adalah lebih mengenal Jawi sebagai standar tulis menulis. Bahkan Pulau Jawa yang kita kenal sekarangpun merifer pada kata Jawi sebagai identitasnya bukan Melayu. saya berkeyakinan asal muasal Melayu ya di Melayu. Melayu tidak berasal dari Yunan cina selatan atau dari India selatan, Melayu itu berasal dari Melayu sendiri. bahwa Fakta di sejarah adalakalanya melayu itu ikut Cina pada suatu waktu pada suatu waktu yang lain ikut India bukanlah menjadi bukti yang kuat ini adalah bukti asalmuasal orang melayu. sila memeriksa batu bersurat yang ada. semua tidak murni berbahasa India tapi bercampur dengan bahasa lokal. ini membuktikan saat itu Melayu hanya di pengaruhi oleh india dan cina tapi bukan berasal dari cina dan india. saya justru berkeyakinan kebalikannya orang cina dan india asalnya dari orang Melayu. setelah beberapa masa berlalu orang melayu menjadi rendah kebudayaanya. sehingga yang awalnya memimpin menjdi terpimpin.

  37. 58 hosnanda November 28, 2010 at 10:20 am

    Kita sebenarnya ditipu oleh penjajah Barat dengan mengatakan asas kepada peradaban Melayu bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.( 1400 – 1511 ). Sebenarnya peradaban Melayu diasaskan oleh Merong Mahawangsa pada 1136m. Peristiwa pengislaman Merong Mahawangsa oleh Sheikh Abdullah Jaafar Al-Qumairi yang merupakan muris kanan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Di atas arahan Syeikh Abdul Qadir Jailani maka mana-mana mereka yang mahu mengambil Islam sebagai ilmu dan amal hendaklah dinamakan “al-mala’u”. Di dalam kitab Lisanul Arab memberi maksud pekerti mulia, yang berkembang biak, yang memenuhi ruang, bangsawan agong dan banyak lagi tafsiran yang baik-baik. Di dalam al-quran kalimah “al-mala’u” mempunyai 22 tempat.

    Dari sudut pembinaan genetik, bangsa Melayu asalnya dari lima tempat sekurang-kurangnya. Iaitu:

    1.India
    2.China
    3.Monggolia
    4.Arab
    5.Parsi

    Merong Mahawangsa yang menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah asalnya berbangsa Parsi. Setelah Islam disebut al-mala’u. Disebabkan dialek Arab agak sukar disebut oleh penduduk tempatan perkataan mala’u bertukar menjadi Melayu.

    Dokumen yang menceritakan hal ini ada tetapi telah dimusnahkan oleh penjajah di zaman Tun Seri Lanang. Kita sudah maklum, motif penjajah adalah untuk menutup cerita sebenarnya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi ABJAD Malaysia P.K.2090.

  38. 59 shah Disember 25, 2010 at 2:17 am

    Tapi bagaimana pula dengan penemuan keris2 dan piramid di kepulauan okinawa?sila jawab..

  39. 60 khairul faizal Mei 11, 2011 at 12:50 am

    As salam,
    Ingin saya komen sket pasal sejarah tamadun manusia terutama di malaya. Sejarah tamadun manusia daripada Nabi Adam as. Keturunan Nabi Adam as membiak dari zaman ke zaman yang lain sehinggala terbentuknya masyarakat seperti hari ini. Penahkah saudara membaca atau terfikir mengenai sejarah manusia? Gambaran yang saudara tunjukkan dalam rajah menyatakan bahawa manusia seolah2 berasal daripada monyet/org utan. Ingt saudara, jika kita dapat berfikir secara logik, dari nabi adam lagi sudak pandai berpakaian, tidakkah pelik dari satu zaman ke zaan lain tetiba tidak berpakaian seperti haiwan? Dari Nabi Adam setrusnya Idris dan seterusnya, semuanya terdapat sejarah dan tamadun moden dari zaman ke zaman. Saudara, saya yakin saudara berilmu orgnya dan pakar sejarah tp sebagai yang berilmu, mestilah kita berfikir akan logik nya bukan? Charles Darwin itu hanyala org Barat yang mempunyai tipu helah yang ungin merosakkan pemikiran Org Islam semata2. Harap saudara tidaklah tertipu walaupun Negara Malaysia sekarang ini masih tidak membetulkan apa yang tidak betul dalam buku teks sejarah tamadun manusia. Harap kita sama2 sedar. Insyaallah. Terima kasih

  40. 61 Fauzi November 24, 2011 at 12:16 pm

    Assalamualaikum……
    saya setuju pandangan khairul faizal…..Al-Quran menjelaskan Sejarah manusia bermula dari nabi Adam…..dan nabi Adam telah diajar ilmu-ilmu oleh malaikat . Nabi Adam, Idris…. sudah pandai dalam pelbagai aspek . Bukan seperti yang di nyatakan teori Charles Darwin manusia peleolitik, mesolitik dan neolitik.Tapi kenapa tamadun sewaktu Nabi adam, Idris tidak dapat kita lihat???? ini kerana tamadun/kehebatan mereka telah musnah semasa banjir yang melanda zaman Nabi Nuh.Dari nabi Adam sehingga Nabi idris semua manusia yanga ada pada waktu itu beriman dan menyembah Allah. Namun pada zaman nabi Nuh manusia mula menyekutukan Allah sehingga Allah menenggelamkan semua orang yang tidak beriman melalui banjir. Jadi datuk nenek moyang kita ialah mereka yang terselamat daripada banjir semuanya beriman.Lama kelamaan mereka membiak semakin ramai ,melahirkan pelbagai bahasa dan bangsa dan berhijrah atau berpindah randah ke merata dunia sehingga melahirkan tamadun yang hebat .Dalam berhijrah salah satu tempat yang mereka pergi inilah negara kita. Namun terdapat antara mereka yang kembali ingkar daripada ajaran Allah dan mula menyekutukan Allah.Jadi…. tamadun manusia yang kita…. orang islam perlu kaji ialah Tamadun Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad SAW. Dan kaitkan tamadun di dunia dan tamdun negara kita sendiri yang dikaji dan ditulis oleh sejarawan barat dengan zaman2 Nabi-nabi dan Rasul yang Allah utuskan…. supaya orang islam sendiri lebih faham. tapi tugas ini bukan senang……………..mungkin sahabat2 boleh baca buku2 yang ditulis oleh Muhammad Alexander ( pensyarah dari indonesia) …..kerana sumber utama ialah al-Quran dan terdapat pelbagai sumber yang lain digunakan.

  41. 62 lan ren Julai 23, 2012 at 7:43 pm

    …………

  42. 63 Pendekar Ulung Februari 4, 2013 at 7:52 am

    Orang Melayu mesti bersatu!!. hidup Melayu!!

  43. 64 selvy Mac 30, 2013 at 1:33 pm

    salam bangsa melayu

    kami dari kepulauan riau indonesia sangat bangga dengan blog anda

  44. 65 nabilla Mac 30, 2013 at 1:36 pm

    hidup melayu

    PERSATUAN MELAYU SELURUH NUSANTARA
    from palembang indonesia

  45. 67 Mawan Wan Mei 1, 2013 at 2:24 pm

    harimau melayu harimau sumatera

  46. 68 Linda Mei 31, 2013 at 4:37 pm

    Awesome! Its genuinely amazing piece of
    writing, I have got much clear idea regarding from this post.

  47. 69 dermefface fx7 Jun 6, 2013 at 11:04 am

    Wow, incredible blog layout! How long have you been blogging for?

    you make blogging look easy. The overall look of your
    web site is wonderful, as well as the content!

  48. 70 syarih@gmail.com Julai 16, 2013 at 8:18 am

    lama tak baca kisah sejarah macam nih…seronok pula tahu asal-usul.

  49. 72 Joleena Ramli Mac 6, 2014 at 7:00 pm

    APA PANDANGAN EN FAZZLI BERKENAAN SEJAUH MANA TEORI MIGRASI YUNAN BOEH DITERIMA SEBAGAI PENCETUS KEPADA KEMAHIRAN KENDIRI RAKYAT ASIA DAN SISTEM ORGANISASI SOSIAL DI NEGARA ASIA KINI

  50. 74 ainaafr April 2, 2014 at 8:21 pm

    siapa yg tulis mesti dia bijak

  51. 75 mansur salleh November 1, 2014 at 1:03 pm

    Assalamualaikum, tuan pengarang. Saya amat berbesar hati di atas kesungguhan tuan menyediakan artikel yang mempunyai nilai ilmiah yang tinggi ini. Namun, saya sedikit musykil mengenai persamaan bahasa cham dan melayu yang disediakan oleh tuan. Banyak yang tidak seperti yang digunakan oleh etnik cham zaman ini. Ataukah persamaan yang tuan sediakan itu adalah bahasa cham asal? Sebagai contoh, anjing dalam bahasa cham, sau. Sedikit, hasit. Gunung, cek. Memang ada persamaan, tapi pada kata seperti, nombor dua, duwa, empat, paak, lima, leme, enam, nam, tujuh, tjuh, padi, pdai, nasi, nsai, pagar, pgar, hari, ghai, tulang, tlang dsb..

  52. 77 dania natasya Disember 1, 2014 at 10:19 pm

    menarik …
    sayang malaysia selamanya…

  53. 79 ahmad Mac 19, 2015 at 2:55 pm

    Jauh lagi perjalanan saudara. jika berdasarkan fakta yang difaham oleh akal yang mencari tuanNya, sulam lah dengan ilmu bukan nafsu. Terasa diri melangit kaki masih dibumi. Berguru lah mengenal asal-usul mu.

  54. 80 Ariffin Mohammad Mac 21, 2015 at 3:07 pm

    saya berketurunan jawa dan saya bangga kerana keturunan jawa di Malaysia adalah keturunan yang masih terselamat dari saki baki yg dapat lari kan diri sampai ke jawa tengah indonesia dan selatan kemboja ekoran dari penghapusan etnik kaum jawa di funan pada suatu ketika masa dulu pd mse zmn org2 dai dan viet dari selatan china mengganas masuk utara vietnam syg nya org2 cham dan mon di kemboja tidak ramai yg tggal hnye baki tidak sampai 12k…..itu pn masih ada lg cubaan penghapusan oleh pihak sami yg disokong oleh kerajaan, diorang pnya busuk hati sampai tak nak orang2 melayu cham dan org mon yg ada drh2 org malayo-polinesia berada di negara mereka….kerana takut identiti nenek moyang mereka iaitu orang2 dai di thailand viet di vietnam dan khmer di kemboja akan terbongkar sebagai bangsa penjajah dgn cuba menghapuskan kaum dan bukti2 sejarah mereka….namun mereka tidak tahu sebenarnya terdapat prasasti2 batu bersurat yg terdapat di sekitar indonesia dan malaysia serta brunei dan cerita2 rakyat ada menceritakan beberapa kisah hitam yg berlaku pada zaman penghapusan etnik tersebut. Sesungguhnya Maha Besar dan Maha lagi Mengetahui allah s.w.t tuhan pencipta alam semesta ini telah mengatur setiap peristiwa dan kejadian yang ada di muka bumi ini. Syukurlah kerana ajaran tauhid dapat kembali semula ke wilayah benua yang dijanjikan. Dan begitu sayangnya dan dipeliharanya beliau pada keturunan benua ini dgn elok walaupun nenek moyang kita pernah buat silap…tetapi dapat juga diselamatkan semula ekoran sayang akan kaum yg terakhir akan membuatkan seluruh bangsa lain didunia cemburu dengan bangsa benua ini.

  55. 81 birel rehan Julai 23, 2015 at 6:02 pm

    Terimakasih informasi nya…
    Tulisan ini sangat membatu saya untuk mendalami sejarah islam kamboja..

  56. 82 sarkomet.com adalah Salah satu situs jendela bacaan informasi yang memuat berbagai macam bacaan ringan mulai dari bacaan edukasi Februari 20, 2017 at 9:26 pm

    Have you ever considered about including a little bit more than just your
    articles? I mean, what you say is valuable and all.
    However think about if you added some great photos or videos to give your posts more, “pop”!
    Your content is excellent but with images and video clips,
    this site could definitely be one of the very best in its niche.

    Amazing blog!

  57. 83 Hellen Oktober 24, 2018 at 11:40 am

    I love what you guys are up too. Such clever work and
    coverage! Keep up the superb works guys I’ve you guys to my
    own blogroll.

  58. 84 kiss91855 April 1, 2021 at 4:38 pm

    Your article is very enlightening. Thanks for the effort!
    Apple Swift Developer Certification RE2 Learning Solutions (Asia) Sdn Bhd was founded in 2016. The company is one of a leader in the field of professional IT training in Malaysia. Over the years, RE2 (Asia) has helped thousands of young learners, companies, government departments and agencies to improve and develop their IT skills.
    apple swift certification
    ios swift certification
    app development with swift certification
    app development with swift certification level 1

  59. 85 kiss91855 April 1, 2021 at 4:42 pm

    Terrific post! Love your work!
    rebrand

    Web Design Malaysia

  60. 86 kiss91855 April 1, 2021 at 4:42 pm

    branding agency malaysia

    Brand Agency Malaysia

  61. 87 kiss91855 April 1, 2021 at 5:50 pm

    What an amazing post! Keep up the good work!
    joint supplement malaysia Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.

  62. 91 kiss91855 April 1, 2021 at 6:04 pm

    I really appreciate your blog. Simply awesome!
    Natural Joint Supplements Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.
    https://www.duplex.sg

  63. 92 kiss91855 April 1, 2021 at 6:13 pm

    Thank you for this excellent post. Very informative!
    https://www.swin55.online is arguably the most prominent online casino in Malaysia, bringing you the hottest, top trending games on the internet, all in one destination. 918 Kiss has all sorts of entertainment content, ranging from fishing games and live table games to one of our main attractions that is slot games.
    kiss918
    kiss918 online
    Kiss918 apk


  1. 1 Sejarah Melayu | Tengku IT Jejak balik bagi Disember 18, 2014 at 11:37 am
  2. 2 Pembukaan Tanah Melayu , Sejarah Awal Manusia | MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA Jejak balik bagi Jun 21, 2020 at 3:03 pm

Tinggalkan Jawapan kepada nadiran Batal balasan




Farul Azri


Penulis banyak terlibat di dalam bidang pengiklanan di seluruh dunia. Hasil kerja beliau dapat dilihat dari Jepun sehingga menjangkau sejauh benua Amerika dan Eropah. Seorang berbangsa Melayu yang amat bangga dengan sejarah bangsanya sendiri. Yang memuliakan agamanya yang satu iaitu Islam sebagai pegangan zahir dan batin.

Atas dasar cintakan sejarah, penulis juga telah menemui beberapa pakar sejarah dan sering mengadakan diskusi-diskusi bersama beberapa sarjana sajarah dan budaya dari seluruh pelusuk dunia. Penulis juga telah merantau jauh semata-mata bagi mencari apa yang beliau gelar 'Melayu & Islam'...

Kandungan

Arkib