Tamadun Awal 40,000 – 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu

Zaman Batu

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.

Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.

Lukisan Dinding Gua Tambun

27 Respon to “Tamadun Awal 40,000 – 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu”


  1. 1 tizry Ogos 27, 2008 at 4:32 pm

    ..saya telah melihat sendiri ‘Perak Man’ atau orang Tampan..

  2. 5 bond April 29, 2009 at 11:09 pm

    2 kat kpg aku 2
    datang lah…………

  3. 8 norazlan ahmad Oktober 24, 2009 at 6:25 am

    Hanya persoalan. Melayu telah wujud beratus ribu tahun lagi. Bagaimana dengan tauhid Allah kepada manusia Melayu sebelah sini. Tentu ada dalam bentuk agama samawi yang lainnya. Tentunya kita tahun yang Islam wujud kira-kira 500-600 masihi dan agama yang dibawa oleh nabi-nabi sebelum itu dikenali sebagai agama samawi. Oleh itu apabila ada yang menyatakan yang kita adalah pengikut nabi Ibrahim, adakah ianya tidak munasabah. Paling tidak pastinya Allah itu tidak zalim dengan membiarkan manusia melayu sebelah sini sesat tidak menerima tauhid Allah. Namun hanya Allah yang maha mengetahui.

  4. 9 thxportal April 26, 2010 at 10:57 am

    Menarik sungguh menkaji spesis manusia dinusantara sebelum turunnya Adam ke muka bumi.

    • 10 yank Januari 18, 2011 at 2:26 pm

      thxportal ~ “Menarik sungguh menkaji spesis manusia dinusantara sebelum turunnya Adam ke muka bumi.”

      Subahanallah…tidakkah kita belajar yang manusia pertama kali dicipta itu bernama Adam, setelah itu baru Hawa. Jadi melatanya manusia di muka bumi ini adalah bermula dari Adam dan Hawa. sebelum Adam tiada manusia yang di ciptakan. Bumi ini sebelum kedatangan Adam telah ada penghuninya..rupa bentuknya hanya Allah yang tahu. dimusnahkan semuanya kerana mereka ingkar dengan hukum Allh…itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi..wallah hu’alam.

      • 11 lelaki sepi Jun 13, 2011 at 11:35 am

        jgn terlalu cepat melatah…itu adalah kejadian awal manusia tp prnh x kau kaji asal usul manusia…?pernah x kau kaji siapa kau…?asal kau…?sapa bapa kau…?apa kelahiran kau….?byk perkara yg ALLAH tidak catitkan di dalam AL,QURAN krn mahukan umatnya sntiasa mencari dan menkaji….wallah hu,alam…

  5. 12 hasnan Mei 16, 2010 at 4:52 pm

    ada x gambar senjata perang awal..
    ketika mula wujud nya melayu di tanah melayu..

  6. 13 NUR PENCARI Julai 26, 2010 at 12:09 pm

    nama orang tampan..memang pelik

    sedangkan ayah sye sendiri berasal dri sana ..sekian lama balik kampung pde awal umur 16 thun baru sye tahu kg sye tu tempat pra-sejarah…

    Saya percaya saudara seorg pengkaji sejarah yg hebat..boleh saudara mengkaji kota tampan dengan lebih lanjut dan juga sejarah kampung berdekatan di sebrang kota tampan…i.e, kg.luat,tanglong,chepor

    mengikut aper yg diceritakan org-org tua disana..terdapat sebuah keluarga besar menetap disana (maksudnyer..di setiap kg2 ini,adalah berasal dari 1 keturunan yg sama)

  7. 14 shy September 2, 2010 at 9:35 pm

    sy arap saudara dpt brkngsi mklumat tntng zaman ais . . .wlpom sstngah pndpat mngatajn blum ada bkti2 yg konkrit,,ttpi ade sstengah pndpt ahli geografi dan antropologi yg mngatakn bntk muka bumi di kbnyakan kwsan di dunia dpnuhi dgn kwsan air batu yg blum mnjlani proses ke dalm dan ltupan . .so,,sy hrp saudara dpt bntu sy jlaskn prkra sbnar,,jka saudara mmpnyai mklumt . .thanks , ,

  8. 15 Lela Rentaka September 30, 2010 at 10:12 am

    Salam..

    Adapun Sejarah ini Suatu perkara yang terlalu subjektif melainkan Sejarah Islam yang sudah pasti saheh tentang ketentuan tarikh dan masa.Ini oleh kerana para cendiakawan serta sejarawan Islam Dahulu terlalu teliti dalam meriwayatkan sesebuah kejadian.Contoh kitab-kitab Hadis dan Tafsir.Rekod sejarah Islam terkandung didalam hadis dan Quran.Namun untuk mengatakan bahawa telah wujud Perak Man Sejak 10,000 Tahun tidak dapat dipastikan rekod serta pembuktian sebenar.Tetapi adalah tidak mustahil sekiranya ia dari ribuan tahun lampau.Cuma untuk kesahehan 10,000 tahun pada pendapat saya ia pasti tidak akan dapat dipastikan.

  9. 16 lazimmuhsin September 13, 2012 at 10:32 pm

    sape bapa keturunan melayu?…

  10. 17 lazimmuhsin September 13, 2012 at 10:37 pm

    sejarah yg x mungkin dilpkan, selps prtgis menang di melaka byk kesan melayu islam dimusnahkan oleh org prtgs,trmasuk masjid, batu nisan, klo lar jumpa blk barang2 kerajaan melayu melaka, memang satu penemuan yg sgt bermakna…adakah keturunan sultan mahmud memang xde?..selaps baginda lari ke johor ( mengikut sejarah )….

  11. 18 zedy Oktober 12, 2012 at 11:30 am

    Adapun tentang tauhidnya bangsa Melayu boleh dikaji tentang istilah Dewata Mulia Raya dan Sang Hyang Tunggal.Dewata Mulia Raya bermaksud Penguasa mulia yg mahabesar manakala Sang Hyang Tunggal bermaksud Tuhan yg Esa.Kalau dilihat istilah ini,bolehlah secara umumnya kita ketahui bahawa telah wujud kepercayaan Tauhid yg menyatakan Tuhan itu mahabesar dan Maha Esa bagi bangsa melayu awal.

  12. 19 aisya Mei 22, 2013 at 2:56 pm

    bukankah orang pertma yang ada di dunia ni adalah nabi ADAM SAW

    • 20 lazim Mei 23, 2013 at 9:11 am

      huhu…mungkin sejarah manusia bermula selepas surutnyer air ketika zaman nabi nuh..mungkin disitu bermula manusia merantau seluruh pelusuk dunia..antar nisbah kita dengan nabi isa ialah 2013..dan nisbh tahun nabi isa ke tahun nabi nuh brpe pula?..dari situ kita dah tau bila manusia merantau di kepulauan melayu….huhuhu..cuma pendapat sahaja…huhu

  13. 21 Mazalan Ab.Rahman Disember 12, 2013 at 4:24 pm

    Ada orang kata Bani Adam tu ada 10.Ini hanya satu kemungkinan,bukan kenyataan Sejarah.Kita main logik akal.Di Timur Tengah,Eropah,Afrika,Amerika Utara,Amerika Selatan,India,China,Asia Tenggara,Australia,Kutub Utara.Lihat perbezaan mereka,warna kulit,bahasa,cara hidup,penyesuaian tempat tinggal dan lain-lain.Keturunanan mana-mana Bani Adam tidak ada di Kutub Selatan oleh itu hingga sekarang tiada penghuni disitu.Jenis-jenis manusia Bani Adam ini sama mcam ikan dan binatang lain sebagai perbandingan.Haiwan yang tinggal di Kutub tidak hidup dan membiak di Khatulistiwa.Manusia Bani Adam ini pun begitu.Benar Nabi Adam yang satu-satunya kita tahu,dan bapa semua manusia kini, ramai anak, 120 orang semuanya.Apakah ada perbezaan berbahasa kepada 120 orang anak-anaknya?.Katalah mereka berbeza dari segi rupa dan warna kulit.Takkan lah dalam satu keluarga bahasanya pun berbeza?.Ahli Sejarah pun hanya membuat andaian kerana berlaku penghijrahan dan pengaruh persekitaran yang baharu telah menyebabkan lahirnya bahasa-bahasa yang berbeza.Masalahnya mengapa terlalu jauh beza antara,bahasa China dengan Inggeris,Jawa dengan Portugis,Arab dengan Orang Negro?.Takkanlah mahu mereka berhijrah dan mendiami kawasan Kutub seperti orang Eskimo jauh dan tempat yang tidak menjanjikan kehidupan yang baik sedangkan di tempat kelahiran Adam yang kita ketahui buminya subur dan peluang untuk kelangsungan hidup amat luas.Mereka tak perlu pergi dan tinggal sampai ke kawasan Kutub Utara.Persoalan-persoalan sebegini dan banyak lagi yang lain sentiasa bermain difikiran kita.

  14. 22 Nai Zulkefli Februari 25, 2014 at 7:32 pm

    AsSalam….berapa usia manusia pertama hingga ke hari ini? Wujudkah manusia 15,000 tahun hingga 300,000 tahun lalu?

  15. 23 mazalan ab.rahman Mac 7, 2014 at 6:36 pm

    Katalah Bani Adam itu ada 10.Katalah setiap satu berusia 100 ribu tahun.Ini bermakna 10 Bani Adam berusia sejuta tahun.Tetapi kalau Bani Adam tersebut yang diujudkan lebih lama lagi,itu adalah kehendak Allah.Oleh itu ada specis dari tengkorak manusia yang ditemui berusia berjuta tahun.

  16. 24 Nai Zul April 14, 2014 at 6:03 pm

    Mengikut para pengkaji sejarah Islam…Nabi adam A.S berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun berdasarkan perkiraan jarak usia para Nabi….
    oleh itu jumpaan artifak dan tengkorang yang berusia ratusan ribu tahun adalah dakyah musuh Islam untuk menafikan kewujudan Adam a.s dan menafikan Al- Quran.
    Wallahualam

  17. 25 Dila Ussien Daughter Julai 19, 2016 at 10:55 pm


    disini sy kongsi 1team yg menjalan kan kajian tentang “SEJARAH alam MELAYU Tamadun Berzaman” merupakan 1tamadun yg hebat dan telah dipupuskan, malah kaijan telah dibuat lebih 15thn………saksikan di youtube

  18. 26 Domingo Oktober 31, 2018 at 6:22 am

    In both of those eventualities, that’s, you get wonderful pocket cards, elevate prior to the flop,
    then your flop happens and it is pointless for your requirements, the clear answer
    is always to preserve your great and not get persistent.


  1. 1 Sejarah Melayu | Tengku IT Jejak balik bagi Disember 18, 2014 at 11:38 am

Tinggalkan komen




Farul Azri


Penulis banyak terlibat di dalam bidang pengiklanan di seluruh dunia. Hasil kerja beliau dapat dilihat dari Jepun sehingga menjangkau sejauh benua Amerika dan Eropah. Seorang berbangsa Melayu yang amat bangga dengan sejarah bangsanya sendiri. Yang memuliakan agamanya yang satu iaitu Islam sebagai pegangan zahir dan batin.

Atas dasar cintakan sejarah, penulis juga telah menemui beberapa pakar sejarah dan sering mengadakan diskusi-diskusi bersama beberapa sarjana sajarah dan budaya dari seluruh pelusuk dunia. Penulis juga telah merantau jauh semata-mata bagi mencari apa yang beliau gelar 'Melayu & Islam'...

Kandungan

Arkib